Saturday 31 January 2015

150126 - 150131 Aktiviti-aktiviti sepanjang minggu 4

Antara aktiviti di SMK Gunsanad sepanjang minggu 4
i.  Latihan bola keranjang
ii. Latihan bola jaring
iii.  Pemilihan bola sepak
iv.  Latihan ping pong

150122 - 150123 Kejohanan Bola Baling MSSD Keningau 2015

Pada 150122 - 150123 Kejohanan Bola Baling MSSD Keningau 2015 telah berlangsung di Kolej Vokasional Keningau.  SMK Gunsanad berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori perempuan.  Tahniah!  

150129 Kejohanan Ragbi MSSB Pedalaman

Pada hari Khamis lalu, Kejohanan Ragbi MSSB Pedalaman anjuran PPD Keningau telah berlangsung di padang SMK Gunsanad.  Kejohanan telah disertai SMK Tambunan,  Kolej Vokasional Keningau, SMK Nabawan dan SMK Apin-apin. Kolej Vokasional telah berjaya mengekalkan kejuaraan mereka tahun lalu.  Tahniah! 

150131 Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 3

Pada 150131 Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu telah mengadakan gotong-royong pembersihan bengkel-bengkel kemahiran hidup.
Program ini telah disertai seramai 30 orang pelajar tingkatan dari pelbagai kelas.  Selain itu juga, guru-guru PSK dan guru-guru KHB iaitu, Cikgu Azizah,  Cikgu Christy,  Cikgu Yusof,  Cikgu Mashayati,  Cikgu Lazarus,  Cikgu Ediwara,  Cikgu Irene,  Cikgu Azlina,  Cikgu Hafiz, Cikgu Farehan dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional Cikgu Haniza turut bersama menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua.